awek-crop-ejen

Berminat Nak Jadi Ejen?

Maaf, buat masa ini tawaran untuk ejen kami kini ditutup! dihadkan dan dibuka pada agensi dan pihak tertentu sahaja.

Berikut 3 Langkah Mudah

Daftar Menjadi Ejen

Daftar untuk menjadi ejen kami di laman pendaftaran yang kami sediakan selengkapnya.

Beli Pakej Ejen Kami

Bagi melayakkan anda menjadi ejen kami, anda wajib membeli pakej ejen kami. Link pembelian pakej ejen ada didalam email.

Pengesahan

Kami akan melakukan semakan dan membuat pengesahan pembelian. Sekiranya semua lengkap, kami akan approve status ejen anda.

Selepas anda dapat log masuk ke dalam sistem agent kami, anda boleh mula mendapatkan link promosi / affiliate dan juga  melihat dan mengembangkan rangkaian affiliate ejen anda.

Apa manfaat dan kelebihan jika kami menjadi ejen? Apa beza KambingHitam dengan affiliate dan ejen yang lain?

Baik!, Anda baca sepenuhnya maklumat di bawah ini

Peluang dan Kelebihan bersama syarikat kami :

1. Produk mudah jual iaitu makanan Ready To Eat berasaskan kambing.
2. 1000 Pack / day kapasiti pengeluaran.
3. Memudahkan proses memaksimumkan keuntungan bersama ejen.

Cara-cara nak jadi ejen bos ?

1. Mudah sahaja dengan hanya modal RM3000 anda layak menerima semua faedah dibawah

Nota: Pakej RM300 sudah ditutup dan tidak ditawarkan lagi buat masa ini kerana kami sudah masuk ke fasa seterusnya.

Kami tak pandai dan tiada masa untuk menjual bos ?

1. Okay pihak HQ bantu anda.
2. Jika ejen tidak pandai menjual atau tidak berminat dan tiada masa untuk membuat jualan, HQ bantu jualkan produk ejen tersebut dengan pembahagian keuntungan bersih 20% setiap bulan dari jualan 20 Pack Produk belian ejen tersebut.
3. Pembahagian keuntungan bersih tersebut diberi selama 4 bulan setiap bulan dari tempoh pembayaran ejen diterima oleh HQ.
4. Pada bulan ke 4 HQ akan membayar balik modal dan pulangan perkongsian keuntungan bersih sebanyak 20% dari hasil jualan produk ejen tersebut.

Kenapa 4 bulan sahaja ?

1. Ini kerana untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia lain untuk sama sama berkongsi keuntungan dengan syarikat kami.
2. Jika pihak ejen yang dah tamat tempoh perkongsian masih ingin meneruskan perkongsian keuntungan tersebut, ejen boleh membuat pembelian semula untuk menyambung kembali.

Jika dah tamat tempoh perkongsian 4 bulan, adakah saya masih layak untuk segala kelebihan tersebut ?

Tidak layak.

JIKA ejen yang dah tamat tempoh perkongsian masih ingin meneruskan perkongsian keuntungan tersebut, ejen boleh membuat pembelian baru sebagai ejen.

Target Syarikat 3-bulan Pertama.

1. Mencapai target berkongsi kelebihan dan keuntungan syarikat bersama 1500 ejen dibawah HQ.
2. Menghadkan pelantikan ejen jualan seramai 1500 orang sahaja dengan kapasiti kilang iaitu 1000 Pack sehari pada masa sekarang.

Target Syarikat pada bulan ke 4.

1. Membuka dan menambah kapasiti pengeluaran kilang kepada 5000 Pack sehari. Dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat serta perkongsian dengan ejen baru untuk menjana pendapatan bersama HQ.

Target Syarikat pada 1 tahun pertama.

1. Dapat menambah baik kilang pengeluaran kepada kapasiti yang lebih berdaya maju 10,000 Pack sehari pengeluaran dan menjadi teraju kepada produk “Ready to Eat” berasaskan kambing di Malaysia.
2. Dalam masa yang sama kami dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai rakyat Malaysia yang ingin sama sama menuju kejayaan.

Buat masa ini, kadar pengeluaran maksima kami hanya 3000 pack sehari kerjasama kami dengan sebuah kilang retort besar di  Sungai Besi, WP Kuala Lumpur.

Jadi dengan kapasati sementara buat masa ini, kami menghadkan bilangan ejen terlebih dahulu, sesuai dengan kapasiti penghasilan kami. 

TESTIMONI EJEN KAMI

Berikut adalah antara ejen peserta pilot project  kami untuk testing phase / fasa percubaan, telah berjaya membuat jualan yang agak banyak walaupun kami belum membuat marketing secara besar-besaran. Bezanya sekarang kami akan fokus kepada sistem laman web kami sendiri. Ini kerana, apabila difikirkan, platform sedia ada yang menghadkan peratusan komisyen ditambah lagi dengan caj mereka, kami dalam tak sedar seolah-olah telah kehilangan antara 30-40% keuntungan dan kos begitu sahaja. Jadi bagaimana jika kami memberikan keuntungan tersebut secara terus kepada ejen-ejen kami juga tanpa caj yang gila2 dari platform2 tersebut bukan? 

Muhammad Zaky

Peniaga

Lili

Peniaga Online

Perbezaan Sistem Ejen Kami Dengan Yang Lain

Kebanyakkan sistem ejen dan stokis, lazimnya memberikan banyak manfaat hanya kepada pemilik produk. Kebanyakkannya juga menganaktirikan ejen dan mengutamakan stokis-stokis tertentu.

Ini tidak termasuk lagi yang memberikan harga berbeza seakan secara pilih kasih. Manakala sistem affiliate pula ada masanya berbeza dari satu orang ke yang lain. Begitu juga dengan sesetengah pengusaha yang tamak membuat keuntungan sehingga ada yang memotong komisyen menjadi rendah secara tiba-tiba. Ia mengecewakan!

Kami berpendapat, rezeki itu eloklah dapat di kongsi bersama-sama.

Sampai bila kami layak dapat komisyen ini?

Buat masa ini, kami menghadkan 4 bulan sahaja, jika anda mahu aktif terus, wajiblah membuat pembelian ulang sebarang nilai bagi menyatakan anda masih mahu meneruskan status taraf ejen anda. Pastikan anda repeat order sebelum bulan ke 4 tersebut!. 

Ini kerana, sasaran kami adalah memperbesarkan perniagaan kami dan menambah lebih banyak pilihan produk di masa akan datang. Dan selari dengan itu kami memerlukan ejen rakan niaga yang juga aktif dan progresif seperti kami! 

Terima kasih!. 

KambingHitamHQ

Sham Al Amin Marketing.
CT0111997-H
Pusat Perniagaan Bandar Rincing,
Seksyen 5/6 Bandar Rincing,
43500 Semenyih, Selangor

© 2024 All Right Reserved by KambingHitam.my | Sham Al Amin Marketing. Rinching Selangor.